Followers

Tuesday, November 9, 2010

kawad kawad dan kawad

2007
Gambar yang diambil pada tahun 2007, yang dikatakan tahun kegemilangan KRS SMK SERI TITIWANGSA. Memang betul pun, tahun ni lah yang paling seronok dan paling aku enjoy sepanjang aku sekolah kat sana. Senior yang giler tapi tegas, budak budak yang komitmen memang tinggi tahap dewa dari form 1 sampai la form 5. Aku waktu ni form 4, tahun enjoy dan memang betul pun. Hahah. Time ni memang aku jadik giler segiler giler nya. Sampai semua orang kenal aku sebab aku nih giler sangat. Tak percaya ke ? Takpe takpe. hahah

2008

Then 2007 berakhir. Muncullah 2008. Tahun aku dan rakan rakan jadi senior. Tahun paling mencabar dan paling stress. Yelah nak handle kawad,study SPM lagi. Memang pecah kepala time neh. Tapi memang seronok jadi senior time neh. Jadik kepala sekolah la jawabnya. Boleh raging raging ape sume. HAHAH! *bapak kejam hahah. Tapi tahun ni tahun paling mengecewakan bagi aku. Satu kesilapan yang kami senior lakukan sampai mengakibatkan kami kalah peringkat negeri. Memang ramai yang kecewa, tapi kecewa lagi kami senior siapa yang tahu. Haihh. Tapi yang lepas biarkan lepas. Dah dua tahun dah pun kot . Kepada semua rakan rakan seangkatan, Mohimin Ghani, Ayie Aslah, Solehudin, Muhammad Naim, Zulfikar Tajuddin, korang semua dalam ingatan. Dari form 1 sampai form 5 kita bersama sama berjuang dalam krs neh. cewahhh! ayat SPM . hahah!  
TAHUN 2008 TETAP PALING TERBAIK BAGI KITA SEMUA! :)

2009
Then tahun 2009 menjelang. Aku dah pun habis sekolah. Tapi tak bermakna aku dah lepaskan semua pasal krs neh. Aku tetap dalam padang kawad, tapi bukan sebagai ahli. Tapi sebagai JURULATIH SMK PUTERI TITIWANGSA. Sekolah sebelah gak yang aku pergi, takde sekolah lagi jauh ke ? hahah. Aku dah pernah mengajar banyak sekolah, tapi takde yang paling seronok berbanding sekolah ni. Macam macam kenangan dengan dorang neh.  Dan paling aku puas hati, sekolah nih bergelar naib juara kawad kaki peringkat kebangsaan. Memang puas hati, janji dan impian aku nak pergi kebangsaan lagi sekali tercapai, walaupun sebagai jurulatih. Satu pencapaian yang agak membanggakan bagi jurulatih baru macam aku. haha . Tapi aku tak mungkin dapat semua nih seorang diri. Terima kasih kepada Fauzi Ahmad, Firdaus Nazeri, akak Shahila Ibrahim dan Fauzi Rahman kerana sangan membantu aku ketika aku keseorangan mengajar dorang neh. Aku tak mungkin boleh buat tanpa korang semua yang banyak membantu. terima kasih :) 
Dan kepada semua ahli krs smk puteri titiwangsa 2009, korang memang terbaik dalam hati saya, 
SENTIASA :)

2010

Tak banyak sangat kenangan mengajar tahun nih. Gambar pun takde kot. Memang tahun nih aku tak aktif sangat mengajar. Mungkin zaman aku mengajar dah tamat kot. Aku macam tak semangat dahh. Tapi tak bermakna aku lupakan sekolah puteri. 
TIDAK SAMA SEKALI !
Cuma tahun ni memang takde nasib dan peluang untuk kita menyerlah.Kepada generasi smk puteri titiwangsa 2010, jangan sentiasa kecewa dan bersedih. Insyallah tahun 2011 ada sinar kebangkitan dari kita . :)



2011

Tuh aku tak sure lagi. Tapi yang penting aku akan terus mengajar. Cuma sekolah mana masih lagi menjadi tanda tanya. Kalau ada yang sudi nak panggil datang mengajar aku pergi la. Sape lah nak aku neh mengajar. Bukan hebat pun mengajar. haha . Tunggu dan lihat :)

THATS IT FOR NOW!
*penat menaip dah nehh. hahah!  :D  

 
 
 



3 comments:

  1. hehe..balaja la wey...dok ulu sabak bernam...cm ne nk ngajar...hehe

    ReplyDelete
  2. hahah . aku dah practikal dah giler . banyak masa dahh .ahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha...mental la ko ni...pratikal ko t keje igt separoh mase kew mental!!!

    ReplyDelete