Followers

Thursday, December 1, 2011

cuti sem yang membosankan

salam semua ! budak2 SPM pun dah selamat menghabiskan paper2 mereka , budak2 pmr pun tunggu masa nak ambik result neh , dan tidak terkecuali aku laa , result nak keluar dah minggu depan nihh. cuak pulaa rasanyaa bila memikirkan result nih. jangan la ada yang repeat. PLEASE! aku tak relaaaa!

dan tidak seperti cuti2 sem yang lepas , aku mendapati bahawa cuti sem tahun ni adalah paling BOSANNN! erghhhh. bosan sampai tak terkate bosannyaa. dan masuk pada saat ini sudah genap aku berada kat rumah selamat 3 hari 13 jam 16 minit. gile lama tuhh . tak pernah aku lepak rumah lama lama macam ni, boleh jadi gila aku macam ni. HAHA!

dan kebosanan cuti sem pada tahun ini juga dibantu oleh ketiadaan duit belanja untuk keluar sama ada keluar meronda , keluar makan , mahupun keluar saja saja. bila dah takde duit nihh mula la rasa sesak je hidup. nak bernafas pun tercungap2 je rasa ibarat ayam yang menggelupur disembelih. kann ??

tapi nasib baiklah kebosanan ni boleh ditebus dengan facebook dan twiiter sebagai peneman hidup. yelahh awak pun single , siape la yang sudi teman awak nihh, handphone pun tak berbunyi, dah takde function . hahaha! tapi tu la, kalau dah selalu menghadap facebook dengan twitter ni, mau termuntah2 depan laptop beb. tak tahan aku 24 jam menghadap benda sama. uiii tak tahannn.

sebab tu la untungnya girlfriend ataupun teman istimewa pada ketika ini kerana adanya kehadiran mereka akan membuatkan hidup kita yang bosan menjadi berseri! kannn ?? takde duit pun tiada masalah , demi awek dengan tiba tibanya duit akan mucul , erkkk ? HAHAHA!

*suara belakang2*
"errrr sudah sudah la tu tokwann, kau tu single. couple la kau dengan laptop tuhh, kikiki"

CHAITTT!!

siapa lak yang bersuara tuhh ? sekali aku dah tangann , berpusing kepala kau macam gasingg! takde sivikkk. *err abaikan pergaduhan yang berlaku sebentar tadi. 

so sekian sajalah entri aku untuk kali nii , at least sekarang ni takde aku update entri setahun 3 kali ye takk ? hahaha! sooo tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi !

P/S : yang ada awek untunglahhh boleh ajak keluar takde bosannn!

Monday, November 28, 2011

SAYA GILA KARAOKE !

seperti yang sedia maklum , karaoke adalah tempat untuk kita melepaskan tekanan yang kita pendam dan alami di dalam diri kita. karaoke juga merupakan tempat untuk mereka yang tidak mempunyai bakat nyanyian untuk mengeluarkan suara 'emas' mereka itu. takkan la nak nyanyi kat tempat awam kan? mampos kene gelak. kahkah! tapi apa yang aku nak cerita ni bukan pasal maksud karaoke ke tekanan ke, aku nak cerita pasal aku dan karaoke. yeeee aku dan karaoke. harharhar !


aku mula diperkenalkan pada dunia karaoke ini sekitar tahun 2006 lagi , cuma pada tahun 2009 baru aku mula bergiat aktif dalam bidang nih. *macam biodata plakk , abaikan*


aku suka karaoke ni sebabbbb , 
1. aku tak suke merayau2 sana sini. g karaoke senang , dok diam2 amek mic , melalak haha
2. dah jadik hobi la jawabnya , sehari tak karaoke menggigil2 cam tak dapat rokok.
3. aku bosan laaa , takde ape nak buat . biasa laa orang single, haha
4. suara aku tak sedap sebab tu aku g karokk , kalau sedap aku masok pertandingan la wehh !


tapi obviously la more to number 2. HAHAHA!


dan tempat yang paling aku selalu pergi tak lain tak bukan ialahhh , jeng jeng jeng ! 
REDBOX RIA SOGO.


red box sogo ni antara tempat karaoke ang termurah dan berkualiti kat kula lumpur neh.
WHY??? 
sebabbb , red box sogo ni murah bebb, bawak student card charge rm10++ jee untuk 3 jam, ada kerepek dengan air lagi .fuhhh berbaloi bebbb.
*ahh sudahh, lebih kepada promote dah nehh , abaikan*


soo kepada rakanrakan yang tengah baca nehh , kalau ada masa pergi lahh karaoke. takde member? takde masalah, hellohello je gua . okayy ? HAHA .


p/s : internet lembab la siott , tak boleh upload gambar aku karokk , haishh demmm

Tuesday, October 25, 2011

aku berlakon wehhh !

Assalamualaikum semua rakan rakan seperblogger sekalian ! lama dahh tak update , tangan aku ni memang malas betul nak menaip , nak memikir ayat , nak macam2 lagi la kalau pasal blog nih. biasa lah lelaki , kann ? haha . so tengok tajuk pun uolls dah boleh agak apa isi kandungan entri ak kali ni , yeshh ! BERLAKON ! Sepanjang 20 tahun aku hidup di muka bumi ini, ni lah kali pertama aku berlakon plus siap rakam plus siap upload kat utube lagi . haha ! havoc wehh ! err ak sebenarnya taknak tulis panjang2 sangat , ak dah menagntuk dah ni plus takde idea nak tulis ape , plus malas nak taip dahh . haha . so aku terus letak je la video yang aku berlakon tu yer , korang tgk , korang komen dalam hati . jangan tulis . okayy ? HAHA

video 1
http://www.youtube.com/watch?v=-qxnOsXhQZQ

video 2
http://www.youtube.com/watch?v=wVMrCLybhXk

video 3
http://www.youtube.com/watch?v=3XtYYpj3_3c


SEMOGA TERHIBUR ! :D

p/s : khamis nih aku kene masok pertandingan lakonan antara kelas , wish me luck je laa okay ? :D

Saturday, July 23, 2011

entri tak berapa nak panjang . haha

erkk dah berapa bulan aku tak update entri blog aku nih. rasa macam dekat setahun je nih kann ? HAHA . aku ni sebenarnya tak tahu nak tulis apa kat blog ni , tu yg sepi je blog aku nih. blank beb ! ahh , biarkan je. janji blog aku wujud lagi. kehkeh .

pada hari ini bagaimana tiba tiba munculnya kesedaran dalam diri aku ini untuk mengupdate entri di sini adalah kerana aku berasa perlu untuk aku menulis demi kesejahteraan hidup aku dan kawan kawan semua. *okayy ayat skema baekk punye* err takde takde . nampak sgt menipu. hahaha ! takde la , sebenarnya member2 aku pon semua dah sebok2 tanye bila nak update semua. yelaa awak semua tu rajen nak menaip , sy ni rajen bukak blog orang je, HAHA. err ni aku dah buat entri baru ni , cukup la tu untuk 8 bulan akan dtg punye cover .KAHKAHKAH !


dah dah ! aku dah blank dah ni nak tulis ape lagi nihh . *giler pemalas* haaa nanti aku try la merajenkan diri ak ni update entri baru2 yer . kalau rajen tuh dtg la . haha . takde laa . banyak story aku nak molly ngan korang semua ni . nanti aku update . cerita cerita sedih aku bukak nanti . haha.


BABAIIIIII ! :)


*SELAMAT HARI AHAD SEMUA :DD

Sunday, January 2, 2011

bagus ke contact lens ?

petang tadi sedang aku berjalan jalan di kompleks sogo selepas puas menghabiskan suara kat redbox, aku saja la singgah dekat kedai optical kat sana. niat di hati saja je la nak g check mata, percuma lak en ? sambil sambil tengah check tuh saja saja la nak belek belek spek baru. spek lama aku nih pon dah teruk sangat dah. tapi aku macam berminat pulak nak merasa pakai contact lens neh. aku tengok member aku sume cam bergaya je en pakai contact lens neh. *aku pon nak bergaya gakk . haha!  tapi bila cik akak kat kedai optic tuh cakap mata aku neh silau la ape la, so dia tak berani nak jamin selamat ke tak kalau aku pakai. so di kesempatan neh datang la idea aku nak share pasal contact lens nih, just untuk maklumat korang dan jugak untuk maklumat aku jugak. hoho!

contoh kanta lekap
INFO KANTA LEKAP

kat atas nih contoh kanta lekap yang ada kat pasaran tuh. so sedikit info tentang kanta lekap ini ialah seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan. Cuma, berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.

Bukan itu saja, ada juga kanta lekap yang berwarna. Kebanyakannya bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan sebaliknya sebagai kosmetik. Ini bertujuan menampakkan warna iris yang berbeza daripada asal.

Kanta lekap juga digunakan untuk tujuan terapeutik (rawatan) bagi sesetengah masalah mata. Antaranya myopia (rabun jauh), perbezaan tahap ketinggian rabun antara kedua-dua belah mata yang jauh berbeza (anisometropia) atau masalah mata silau yang agak serius.
.
Banyak sebab kenapa ramai memilih untuk menggunakan kanta lekap, sering kerana rupa mereka dan amalan. Apabila dibandingkan dengan cermin mata, kanta lekap kurang terjejas oleh cuaca lembap, tidak mengelembung naik, dan menyediakan satu medan penglihatan lebih luas. Ia sebih sesuai digunakan untuk aktiviti seperti bermain.

info dari www.wikipedia.com 

so tengok pada fakta, kanta lekap nih macam selamat je kan ? cam senang je la kalau kita yang pakai spek nih nak bersukan ke, buat aktiviti lasak ke kan . macam seronok je la kalau dipandang.
TAPI..
selamat ke pakai kanta lekap nih ?

so macamane kalau kanta lekap nih termasuk kat bawah kelopak mata ? macamana kalau kanta lekap nih dimasuki habuk ? MACAMANE ??
jadi mari kita ikuti kata pakar dalam bidang mata nih :

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.

Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.

Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.

ingat ! yang paling penting dalam pemakaian kanta lekap ini adalah KEBERSIHAN !

so apa yang terjadi kepada mata kalau pengguna kanta lekap nih tidak menjaga kebersihan kanta lekap mereka ???

berikut adalah petikan dari seorang pengguna kanta lekap yang buta selepas menggunakan kanta lekap :

DIA dilahirkan sempurna. Matanya celik, bisa melihat. Namun, ia tidak lama. Ketika usianya 17 tahun, dia disahkan buta. Warna-warni alam yang pernah dilihatnya sejak itu bersatu menjadi hitam. Gelap-gelita.
Harun Ahmad, satu nama yang boleh disifatkan besar dalam dunia muzik. Populariti komposer cacat penglihatan ini melonjak seiring lonjakan lagu Jesnita nyanyian Exist dalam mendaki dan menakluki carta muzik tanah air sekitar tahun 2002. Harun Ahmad, 41, sebenarnya telah mencipta lagu sejak tahun 1991.
Bakti dan kemahirannya juga diiktiraf apabila meraih Anugerah Ikon dalam Majlis Fiesta Insan Istimewa 2008. Dia juga banyak berjasa dalam penghasilan lagu-lagu tema.
Rabun
Matanya sebenarnya rabun sejak umurnya lapan tahun lagi. Ia mungkin berpunca kerana dia kerap terjatuh semasa kanak-kanak.
Namun, dakwanya, jika dia tidak memakai kanta lekap pada usia 17 tahun mungkin hari ini dia sekadar rabun biasa dan masih boleh melihat.
“Memang sekarang saya reda menjalani kehidupan sebagai seorang yang buta. Tetapi saya menyesal pakai kanta lekap.
“Ketika itu, saya muda remaja. Saya jenis yang aktif dan suka bersukan. Tahu sahajalah tahun 1980-an, mana ada teknologi menipiskan kanta cermin mata.
“Dengan kuasa cermin mata saya di antara 700 hingga 800, anda bayangkan sendiri bagaimana tebalnya.
“Saya fikir, untuk selesa ketika bersukan, mungkin lebih baik saya pakai kanta lekap yang semakin diperkatakan pada masa itu,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Harun berkata, kali pertama dia memakai kanta lekap, dia sudah merasa seperti ada yang tidak kena. Masih segar dalam ingatannya, apa yang berlaku pada hari itu.
Dia memakai kanta lekap pada pukul 2 petang dan pada pukul 6 petang, dia sudah mengalami pening-pening sehingga muntah.
Namun, dia teruskan juga memakainya. Selepas enam bulan, detik-detik bergelar si buta mula menghampiri hidup lelaki berasal dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor itu.
“Saya bangun pagi itu, saya lihat semua objek berpecah tiga. Saya hanya boleh melihat bahagian atas objek sementara bahagian bawah gelap sahaja.
Cemas
“Saya cemas. Saya kemudian ajak seorang kawan ke Hospital Johor Bahru, doktor kata, saya mengalami retinal detachment (kelekangan retina) atau retina tertanggal daripada saraf mata.
“Pada hari itu juga, saya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah,” katanya.
Bukan dua tiga hari Harun tinggal di hospital tetapi tiga bulan. Daripada masalah kelekangan retina berubah ke masalah katarak. Empat pembedahan dilaluinya.
Namun, usaha itu tidak berjaya. Doktor akhirnya sahkan dia tiada peluang untuk melihat lagi.
“Bukan mudah untuk seorang yang normal menerima dirinya tiba-tiba buta.
“Bayangkan, saya datang ke hospital tanpa tongkat dan saya keluar dari hospital dengan bertongkat. Saya berusaha menjalani pembedahan demi pembedahan namun ia masih tidak berjaya,” ujarnya.
Ditanya bagaimana dia pasti, apa yang berlaku kepadanya kerana memakai kanta lekap, Harun berkata, selepas buta, doktor memberitahu, masalah rabunnya selama ini adalah disebabkan masalah retina.
Dakwanya, bagi keadaan seperti itu, memakai kanta lekap telah memburukkan lagi atau mempercepatkan menjadi buta.
“Ada banyak kes yang menunjukkan risiko kanta lekap. Ada kes jangkitan bakteria sehingga buta dan ada juga kes kanta lekap tak boleh ditanggalkan sehingga perlu menjalani pembedahan di Jerman.
Kanta lekap
“Seorang doktor pakar mata memberitahu rakan saya yang ingin memakai kanta lekap ‘Kalau kamu nak nampak handsome, pakailah kanta lekap, tapi kamu mungkin akan buta macam Harun,” beritahunya.
Jelas Harun, selepas tidak berjaya dalam semua pembedahan itu, dia masih tidak berputus asa. Dia cuba menjalani pembedahan kelima di hospital swasta namun, tetap tidak berjaya. Cuma mata kirinya boleh melihat kehadiran cahaya.
Harun pada mulanya berasa rendah diri dan sangat berduka dengan apa yang menimpanya.
Tetapi, apabila semakin kerap bertemu dengan rakan-rakan senasib di hospital dan Persatuan Orang Buta di Brickfields, dia semakin boleh menerima keadaannya itu.
Di situ juga dia mula meneroka minatnya dalam bidang muzik.
“Saya juga belajar mengurut dan belajar macam mana untuk melaksanakan aktiviti harian. Saya bersyukur kerana saya pernah melihat berbanding rakan-rakan saya yang buta sejak lahir.
“Kini, saya tidak berasa malu atau marah jika dipanggil buta, kerana memang hakikatnya saya buta,” katanya yang biasanya ke mana-mana dengan dipimpin seorang rakan."

"HARUN AHMAD - KOMPOSER TERKENAL"
 
beliau adalah salah seorang mangsa pemakaian kanta lekap ini. fuhh ! bahaya bahaya. dari niat niat nak bersukan terus dunia jadi gelap gelita. memang malang nasib beliau.jadi bagaimana ? masih lagi nak pakai contact lens ? kita hayati petikan kata seorang doktor pakar mata ini, :
"Namun, diakui memang terdapat banyak kes buta disebabkan kanta lekap terutama disebabkan masalah jangkitan kuman dan penggunaan yang tidak mengikut aturan", Pakar mata dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Nurliza Khalidin.

NGERI !

so berikut adlaah sedikit sebanyak tentang kebaikan dan juga keburukan memakai kanta lekap neh. so kita semua pun dah besar, dah boleh fikir baik buruk perkara nih. jadi sesiapa yang ada niat nak pakai kanta lekap tuh boleh je, aku tak cakap pakai kanta lekap nih merbahaya pun. tapi pastikan kita menggunakan kanta yang betul betul ORIGINAL dan bukannya kanta yang sebarangan. dan juga pastikan korang yang nak pakai tuh berunding dulu dengan pakar mata. kot2 risau lak ape2 jadik kan ? tak ke haru biru jadi nya nanti .so yang nak pakai tuh selamat mencuba dan selamat lah semuanya ! 

*P/S : aku pakai je la spek aku neh, STYLE gak ape spek aku neh ? HAHA! 


RAWRRRR !!