Followers

Thursday, October 25, 2012

BLOG DAH BERHABUK !!

hai semua ! assalamualaikum ! hehe :D sihat sejahtera ke semua ? saya masih lagi sihat seperti biasa alhamdulillah. :D dah lama tak update blog ni, bukan masalah busy ke ape ke kan, memang malas lah nak update sekarang. hahahaha ! blog pun capuk je ni takde apa nak update sangat. hahaha. okay lah nak cerita pasal kehidupan selepas diploma ni je la sikit sikit, sementara tunggu nak balik rumah ni, saya sebenarnya dekat ofis lagi ni. harharer.

alhamdulillah selepas diploma ni kehidupan berjalan dengan lancar, diploma dah dapat kerja pun dah dapat. ngan ngan selepas sebulan je habis belajar terus dapat kerja, pada tanggal 5 Julai 2012, hari khamis. hehe. alhamdulillah la kerja ni pun seronok dan gaji pun boleh tahan sesuai dengan taraf diploma saya la, gaji ikut resume senang cerita. heheh.

kerja yg saya dapat ni pun memang ikut course la, walaupun ala ala data entry tapi bukan data entry, menyeluruh la merangkumi semua aspek, mysql,server,coding semua saya handle. okay la kerja ni not bad, bulan ni pun dah nak masuk bulan keempat kerja kat sini. staff memember sini pun okay.

err rasanya takde apa nak cakap lagi dah ni, tunggu idea lain datang lak. hahahha.

k babai ! selamat hari raya aidiladha semua ! :D

Wednesday, May 30, 2012

kehidupan selepas bergelar graduan

assalamualaikum semua ! rasanya macam dah lama aku tak update entri blog ni, bukan rasa laa, memang lama aku tak update apa apa entri kat blog aku ni. sampai dah bersawang blog aku ni, kesian kesian. haha. so aku just nak cakap blog aku ni masih lagi ada, masih lagi wujud dan masih lagi sihat walafiat. cuma aku je antara rajin dengan tak rajin nak update je. haha

so hari ini genap 3 minggu aku bergelar graduan diploma daripada PSIS. tau apa itu PSIS? PSIS tu Politeknik Sultan Idris Shah. apa perasaan bila dah bergelar graduan? bila dah habis belajar? perasaan tu sama je macam perasaan masa belajar, cuma ada sikit perbezaan, rasa macam tak percaya je aku dah habis belajar. rasa macam tak percaya je 3 tahun dah berlalu. rasa macam baru semalam je aku masuk poli ni. haha. masa memang berlalu dengan cepat dan pantas, tersangat pantas. pejam celik, pejam celik dah 3 tahun dah.

tapi tu la, bila dah bergelar graduan ni, bila dah habis belajar ni, tanggungjawab memang terasa berat. mulai sekarang dah kena mula cari kerja. nak cari kerja sekarang ni bukannya senang, ingat ada diploma tu satu tiket menjamin kita dapat kerja ke? memang tidak sama sekali. tu yang buat aku rungsing sekarang ni. rungsing pasal kerja, aku tak tahu aku nak mula cari kerja dekat mana. dengan tanggungan keluarga , hutang2, duit motor lagi. kalau dulu masa belajar boleh la mak ayah yang tanggung makan minum, duit makan, ada PTPTN lagi. tapi sekarang? sekarang tak lagi. mak ayah aku dah tak boleh nak tanggung aku lagi dah, duit makan, belanaja, duit motor semua aku yang kena sediakan. lagi lagi aku ni anak lelaki, tanggungjawab tu besar sangat.(tanggungjawab nak kahwin lagi, ehh?)

okay la aku tak tau nak cakap apa dah, cukup cukup la sampai kat sini entri aku ni, tulis panjang lebar pun kadang kadang ta tahu nak ulis apa, baik berhenti tulis je. haha. sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya, mungkin dalam masam 6 bulan lagi, mungkin? hahaha !

k babaii, assalamualaikum :)