Followers

Sunday, April 7, 2013

Setelah..

Aku menjerit memanggil sejuta kali, aku merintih mencari kau tak aku temui. Hingga ku bertanya entah dimana salah dan silapnya, atau kah kau hanya bersandiwara membiarku sengsara ?

Engkau dan aku nyata dah tak dapat menahannya.
Engkau dan aku bila kan bahagia ?

Setelah, setelah sekian lama berdua mengapa seakan tak bermakna ?
Setelah, setelah sekian lama berdua mengapa seakan tak bermakna ?

Bercinta..

Thursday, March 7, 2013

tanya sama hati

saya rasa saya dah bersedia, hanya menanti kata putus dan keputusannya saja. setuju ke, tidak setuju ke , hati dah bersedia ke. 

persoalannya, boleh ke hati ni menerima semua keputusan, kalau baik baguslah, kalau tidak? 

boleh ke ? kuat ke ? pisang berbuah dua kali ke ?

kata orang, pasrah itu menyerah. jadi, redha saja. 

persoalannya lagi sekali,

boleh ke? boleh ke tahan keputusannya nanti azwan ? 

haihh

Wednesday, March 6, 2013

Kalau Ada Tu Adalah..

Susah kalau hati dah mula terpaut dgn seseorang ni, lagi susah kalau perasaan tu banyak cabaran. Bila hidup sendirian ni, jiwa rasa tenang je. Tak perlu nak fikirkan masalah masalah hati, menyakiti atau disakiti. Yang difikirkan hanya kerja, makan, tidur. Kan tenang kehidupan macam tu. Tapi sampai bila nak hidup macam tu ? Sampai bila ...

Bila hati dah mula sukakan seseorang, memang kita kena bersedia utk segala kemungkinan. Kemungkinan disakiti dan menyakiti tu pasti ada. Jadi sekali lagi aku tanya diri aku, aku dah bersedia ke? aku rasa aku dah bersedia, ya aku dah bersedia. Tapi tak boleh jugak kalau pihak sebelah sana tak bersedia, jadi apa yg boleh aku buat ? Terus tunggu dan menunggu sambil berharap rasa sayang tu tak pudar. Dan aku rasa, aku takkan biarkan perasaan ni hilang lagi, MELAINKAN dia tak pilih aku.

Aku malas nak cakap banyak banyak lagi, sebab tu aku cakap, KALAU ADA TU ADA LAHH...

bak kata lagu Dewa , "semoga waktu dapat mengilhami sisi hatimu yang beku, semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya kau pun mahu"

Sekian utk entri kali ini, aku tak post kat laman sosial entri kali ni. Biar jadi suprise. Haha. 

Assalamualaikum 

Wednesday, January 9, 2013

Takkan.Pernah.Melupakanmu


Betapa aku menyukaimu
Tidakkah kau sedari itu?
Ku di depan matamu
Kau tak melihatku
Betapa ku sangat menyukaimu
Ku berkhayal kau jadi milikku
Setiap hari ku ingat selalu
Kan ku kejar dirimu
Tak terbatas waktu
Dan ku takkan pernah melupakanmu
Andaikan hatimu
Terbuka untukku
Alangkah senang hatiku
Apa yang terjadi?
Kau anggap diriku
Hanya bagai angin lalu....
kbai

Thursday, October 25, 2012

BLOG DAH BERHABUK !!

hai semua ! assalamualaikum ! hehe :D sihat sejahtera ke semua ? saya masih lagi sihat seperti biasa alhamdulillah. :D dah lama tak update blog ni, bukan masalah busy ke ape ke kan, memang malas lah nak update sekarang. hahahaha ! blog pun capuk je ni takde apa nak update sangat. hahaha. okay lah nak cerita pasal kehidupan selepas diploma ni je la sikit sikit, sementara tunggu nak balik rumah ni, saya sebenarnya dekat ofis lagi ni. harharer.

alhamdulillah selepas diploma ni kehidupan berjalan dengan lancar, diploma dah dapat kerja pun dah dapat. ngan ngan selepas sebulan je habis belajar terus dapat kerja, pada tanggal 5 Julai 2012, hari khamis. hehe. alhamdulillah la kerja ni pun seronok dan gaji pun boleh tahan sesuai dengan taraf diploma saya la, gaji ikut resume senang cerita. heheh.

kerja yg saya dapat ni pun memang ikut course la, walaupun ala ala data entry tapi bukan data entry, menyeluruh la merangkumi semua aspek, mysql,server,coding semua saya handle. okay la kerja ni not bad, bulan ni pun dah nak masuk bulan keempat kerja kat sini. staff memember sini pun okay.

err rasanya takde apa nak cakap lagi dah ni, tunggu idea lain datang lak. hahahha.

k babai ! selamat hari raya aidiladha semua ! :D

Wednesday, May 30, 2012

kehidupan selepas bergelar graduan

assalamualaikum semua ! rasanya macam dah lama aku tak update entri blog ni, bukan rasa laa, memang lama aku tak update apa apa entri kat blog aku ni. sampai dah bersawang blog aku ni, kesian kesian. haha. so aku just nak cakap blog aku ni masih lagi ada, masih lagi wujud dan masih lagi sihat walafiat. cuma aku je antara rajin dengan tak rajin nak update je. haha

so hari ini genap 3 minggu aku bergelar graduan diploma daripada PSIS. tau apa itu PSIS? PSIS tu Politeknik Sultan Idris Shah. apa perasaan bila dah bergelar graduan? bila dah habis belajar? perasaan tu sama je macam perasaan masa belajar, cuma ada sikit perbezaan, rasa macam tak percaya je aku dah habis belajar. rasa macam tak percaya je 3 tahun dah berlalu. rasa macam baru semalam je aku masuk poli ni. haha. masa memang berlalu dengan cepat dan pantas, tersangat pantas. pejam celik, pejam celik dah 3 tahun dah.

tapi tu la, bila dah bergelar graduan ni, bila dah habis belajar ni, tanggungjawab memang terasa berat. mulai sekarang dah kena mula cari kerja. nak cari kerja sekarang ni bukannya senang, ingat ada diploma tu satu tiket menjamin kita dapat kerja ke? memang tidak sama sekali. tu yang buat aku rungsing sekarang ni. rungsing pasal kerja, aku tak tahu aku nak mula cari kerja dekat mana. dengan tanggungan keluarga , hutang2, duit motor lagi. kalau dulu masa belajar boleh la mak ayah yang tanggung makan minum, duit makan, ada PTPTN lagi. tapi sekarang? sekarang tak lagi. mak ayah aku dah tak boleh nak tanggung aku lagi dah, duit makan, belanaja, duit motor semua aku yang kena sediakan. lagi lagi aku ni anak lelaki, tanggungjawab tu besar sangat.(tanggungjawab nak kahwin lagi, ehh?)

okay la aku tak tau nak cakap apa dah, cukup cukup la sampai kat sini entri aku ni, tulis panjang lebar pun kadang kadang ta tahu nak ulis apa, baik berhenti tulis je. haha. sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya, mungkin dalam masam 6 bulan lagi, mungkin? hahaha !

k babaii, assalamualaikum :)

Thursday, December 1, 2011

cuti sem yang membosankan

salam semua ! budak2 SPM pun dah selamat menghabiskan paper2 mereka , budak2 pmr pun tunggu masa nak ambik result neh , dan tidak terkecuali aku laa , result nak keluar dah minggu depan nihh. cuak pulaa rasanyaa bila memikirkan result nih. jangan la ada yang repeat. PLEASE! aku tak relaaaa!

dan tidak seperti cuti2 sem yang lepas , aku mendapati bahawa cuti sem tahun ni adalah paling BOSANNN! erghhhh. bosan sampai tak terkate bosannyaa. dan masuk pada saat ini sudah genap aku berada kat rumah selamat 3 hari 13 jam 16 minit. gile lama tuhh . tak pernah aku lepak rumah lama lama macam ni, boleh jadi gila aku macam ni. HAHA!

dan kebosanan cuti sem pada tahun ini juga dibantu oleh ketiadaan duit belanja untuk keluar sama ada keluar meronda , keluar makan , mahupun keluar saja saja. bila dah takde duit nihh mula la rasa sesak je hidup. nak bernafas pun tercungap2 je rasa ibarat ayam yang menggelupur disembelih. kann ??

tapi nasib baiklah kebosanan ni boleh ditebus dengan facebook dan twiiter sebagai peneman hidup. yelahh awak pun single , siape la yang sudi teman awak nihh, handphone pun tak berbunyi, dah takde function . hahaha! tapi tu la, kalau dah selalu menghadap facebook dengan twitter ni, mau termuntah2 depan laptop beb. tak tahan aku 24 jam menghadap benda sama. uiii tak tahannn.

sebab tu la untungnya girlfriend ataupun teman istimewa pada ketika ini kerana adanya kehadiran mereka akan membuatkan hidup kita yang bosan menjadi berseri! kannn ?? takde duit pun tiada masalah , demi awek dengan tiba tibanya duit akan mucul , erkkk ? HAHAHA!

*suara belakang2*
"errrr sudah sudah la tu tokwann, kau tu single. couple la kau dengan laptop tuhh, kikiki"

CHAITTT!!

siapa lak yang bersuara tuhh ? sekali aku dah tangann , berpusing kepala kau macam gasingg! takde sivikkk. *err abaikan pergaduhan yang berlaku sebentar tadi. 

so sekian sajalah entri aku untuk kali nii , at least sekarang ni takde aku update entri setahun 3 kali ye takk ? hahaha! sooo tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi !

P/S : yang ada awek untunglahhh boleh ajak keluar takde bosannn!