Followers

Wednesday, March 6, 2013

Kalau Ada Tu Adalah..

Susah kalau hati dah mula terpaut dgn seseorang ni, lagi susah kalau perasaan tu banyak cabaran. Bila hidup sendirian ni, jiwa rasa tenang je. Tak perlu nak fikirkan masalah masalah hati, menyakiti atau disakiti. Yang difikirkan hanya kerja, makan, tidur. Kan tenang kehidupan macam tu. Tapi sampai bila nak hidup macam tu ? Sampai bila ...

Bila hati dah mula sukakan seseorang, memang kita kena bersedia utk segala kemungkinan. Kemungkinan disakiti dan menyakiti tu pasti ada. Jadi sekali lagi aku tanya diri aku, aku dah bersedia ke? aku rasa aku dah bersedia, ya aku dah bersedia. Tapi tak boleh jugak kalau pihak sebelah sana tak bersedia, jadi apa yg boleh aku buat ? Terus tunggu dan menunggu sambil berharap rasa sayang tu tak pudar. Dan aku rasa, aku takkan biarkan perasaan ni hilang lagi, MELAINKAN dia tak pilih aku.

Aku malas nak cakap banyak banyak lagi, sebab tu aku cakap, KALAU ADA TU ADA LAHH...

bak kata lagu Dewa , "semoga waktu dapat mengilhami sisi hatimu yang beku, semoga akan datang keajaiban hingga akhirnya kau pun mahu"

Sekian utk entri kali ini, aku tak post kat laman sosial entri kali ni. Biar jadi suprise. Haha. 

Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment