Followers

Monday, November 22, 2010

formspring.me

korang tanye je pape.ak jawab.tade hal.haha http://formspring.me/incheamad

kawan kawan lama :)

kalau tengok tajuk pun rasanya korang dah tahu apa aku nak tulis kan ? pastinya ianya berkaitan dengan kawan kawan lama aku . kawan kawan dari sekolah rendah yang dah dekat berapa tahun tak jumpa. *padahal rumah dekat dekat je sume . hahaha. dalam beberapa jam yang lepas aku dapat lah berjumpa mereka mereka ni balik. walaupun dah pernah melepak sama dulu, tapi perasaan lepak malam tadi sangat lain. memang enjoy dan havoc. perangai masing masing tak berbuah. sama je. kaki bahan kuat gile dari sekolah rendah sampai ke tua sekarang ni. HAHAHA!

walaupun tak dapat jumpa semua sekali, tapi yang ada tadi dah cukup dah. memang seronok bila kita semua dapat melepak sama sambil bukak cerita cerita lama kita dulu. hahaha. kelakar sial kalau ingat balik. sedar tak sedar dah besar dah kita semua. masa memang berlalu dengan pantas. masing masing dah hampir berjaya dalam hidup. Farhan Ramli, Hazraaf, Nazri Mat Nor, Syukri Azmi, Nazirul, Muiez Ahad, dan juga bonzer kami semua, Syarifah Munirah a.k.a KAK PAH. hahaha! mereka ni la yang datang tadi melepak sama setelah sekian lama tak jumpa. memang havoc gile tadi. lagi lagi kak pah. *teruk kena bahan kau. HAHA! jangan mara kak pah. hehehe.

sebenarnya ramai lagi kawan kawan lama yang tak dapat aku nak jumpa sambil lepak lepak macam tadi. kalau dapat kumpul semua memang terbaik :) tapi sayang la, tak berkesempatan lagi. masing masing ada komitmen kan. tapi aku harap satu hari kita dapat gather sama sama ramai ramai borak borak cerita kisah lama macam tadi. mesti meriah beb! hahaha. tapi gambar tadi tak sempat nak diupload kerana tuan punya kemera, Syukri Azmi tak masukkan gambar lagi. so tak dapat la aku nak share kat post aku kali ni. so akan diupload di FB saja nanti. hahaha!


so kepada member member lama aku ketika di SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA dulu, kalau lepas ni ada gathering lepak lepak macam ni lagi, sudi sudi dan rajin rajin la datang mengimarahkan majlis kita neh. ramai ramai baru la lagi meriah kan ? haha :)

then aku nak share satu gambar yang agak nostalgia waktu aku budak budak dulu .
HAHA :D

so inilah dia rakan rakan seperjuangan aku dulu ketika masih kanak kanak hingusan lagi. memang kenangan. masing masing pun dah besar. sekejap je masa berjalan. hahah. so kepada semua yang ada kat dalam gambar ni. harap kita boleh berkumpul balik semua sekali . INSYALLAH :)

sekian untuk post kali ni. *post simple lagi aku buat,HAHAHA! :)

Saturday, November 20, 2010

BREAKING NEWS !

Ada satu cerita di petang yang indah, termenung aku keseorang memikirkan masa depan yang kelabu dan kelam tanpa cahya dan arah tuju lantas menyebabkan aku duduk tersepuk di bangku rumah. Di ketika ini aku memikirkan kemana arah tujuanku pada hari ini. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahwa aku harus duduk di rumah dan menolong ibuku.

CHOPP !

sekian sahaja dari saya dengan update yang tak seberapa ini. saya nak chow dulu lahh!

BABAI !

p/s: coretan yang aku bebel kat atas tuh auta je. jangan percaya sangat la ae. hoho ! PEACE !

Tuesday, November 16, 2010

cerita di pagi raya

Hari ni hari raya aidiladha. Pastinya semua sedang bergembira dengan keluarga dan rakan rakan masing masing di rumah atau di mana saja anda berada. Walaupun ini hanyalah aidiladha, tetapi kemeriahannya tetap ada dan dirasai terutamanya waktu nak sembelih lambu.Pastinya indah dan meriah suasana ketika itu ditambah lagi dengan telatah dan kerenah rakan rakan yang geli geleman,terkejut beruk,ataupun berani apabila melihat lembu itu menggelupur disembelih.Itulah ceritanya jika kita ada bersama mereka semua.

JIKA TIDAK ? 

Haaa, inilah yang ingin aku kongsi pada kali ini.Pagi ni aku terjaga pukul 7 pagi. Sunyi je aku rasa. Hanya ada suara gema takbir di masjid sebelah. Syahdu gila. Tapi nasib baik la tuan rumah ni baik hati sungguh. Pagi pagi dah ketuk pintu rumah sewa aku  sebab nak bagi lauk pagi raya. TERIMA KASIH! Kalau tak memang lagi syahdu la jawabnya. Dah la tersekat kat sini. Tak makan pagi lak tuh. Sepanjang aku hidup di muka bumi Allah swt ini, ni lah kali pertama aku beraya tanpa keluarga di sisi. Tak kisah la orang nak cakap raya haji ni tak meriah la, tak penting la  apa laa tapi hari raya tetap hari raya. Orang lain tetap akan bergaya dengan baju melayu. Berjumpa rakan rakan lama di masjid dan sebagainya. Tapi aku ? hanya tersadai di rumah tanpa ada baju melayu dan makanan enak di atas meja hanya berbaring menulis coretat kisah hidup aku ni di depan laptop saja.


HAIHHH...

Jadi kepada semua rakan rakan aku di luar sana, semoga bergembira beraya bersama keluarga dan rakan rakan. Bila nak makan daging korban ke, makan rendang dengan lemang ke, ingat ingat lah aku kat sini ye?

HAHAHA!
*macam jauh sangat je aku neh.padahal kat sabak bernam je

Anyways! Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada semua. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini ada rahmat dan hikmah nya insyallah.
^_^



kau ilham ku

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...


p/s :  I MISS YOU ! :D

Tuesday, November 9, 2010

kawad kawad dan kawad

2007
Gambar yang diambil pada tahun 2007, yang dikatakan tahun kegemilangan KRS SMK SERI TITIWANGSA. Memang betul pun, tahun ni lah yang paling seronok dan paling aku enjoy sepanjang aku sekolah kat sana. Senior yang giler tapi tegas, budak budak yang komitmen memang tinggi tahap dewa dari form 1 sampai la form 5. Aku waktu ni form 4, tahun enjoy dan memang betul pun. Hahah. Time ni memang aku jadik giler segiler giler nya. Sampai semua orang kenal aku sebab aku nih giler sangat. Tak percaya ke ? Takpe takpe. hahah

2008

Then 2007 berakhir. Muncullah 2008. Tahun aku dan rakan rakan jadi senior. Tahun paling mencabar dan paling stress. Yelah nak handle kawad,study SPM lagi. Memang pecah kepala time neh. Tapi memang seronok jadi senior time neh. Jadik kepala sekolah la jawabnya. Boleh raging raging ape sume. HAHAH! *bapak kejam hahah. Tapi tahun ni tahun paling mengecewakan bagi aku. Satu kesilapan yang kami senior lakukan sampai mengakibatkan kami kalah peringkat negeri. Memang ramai yang kecewa, tapi kecewa lagi kami senior siapa yang tahu. Haihh. Tapi yang lepas biarkan lepas. Dah dua tahun dah pun kot . Kepada semua rakan rakan seangkatan, Mohimin Ghani, Ayie Aslah, Solehudin, Muhammad Naim, Zulfikar Tajuddin, korang semua dalam ingatan. Dari form 1 sampai form 5 kita bersama sama berjuang dalam krs neh. cewahhh! ayat SPM . hahah!  
TAHUN 2008 TETAP PALING TERBAIK BAGI KITA SEMUA! :)

2009
Then tahun 2009 menjelang. Aku dah pun habis sekolah. Tapi tak bermakna aku dah lepaskan semua pasal krs neh. Aku tetap dalam padang kawad, tapi bukan sebagai ahli. Tapi sebagai JURULATIH SMK PUTERI TITIWANGSA. Sekolah sebelah gak yang aku pergi, takde sekolah lagi jauh ke ? hahah. Aku dah pernah mengajar banyak sekolah, tapi takde yang paling seronok berbanding sekolah ni. Macam macam kenangan dengan dorang neh.  Dan paling aku puas hati, sekolah nih bergelar naib juara kawad kaki peringkat kebangsaan. Memang puas hati, janji dan impian aku nak pergi kebangsaan lagi sekali tercapai, walaupun sebagai jurulatih. Satu pencapaian yang agak membanggakan bagi jurulatih baru macam aku. haha . Tapi aku tak mungkin dapat semua nih seorang diri. Terima kasih kepada Fauzi Ahmad, Firdaus Nazeri, akak Shahila Ibrahim dan Fauzi Rahman kerana sangan membantu aku ketika aku keseorangan mengajar dorang neh. Aku tak mungkin boleh buat tanpa korang semua yang banyak membantu. terima kasih :) 
Dan kepada semua ahli krs smk puteri titiwangsa 2009, korang memang terbaik dalam hati saya, 
SENTIASA :)

2010

Tak banyak sangat kenangan mengajar tahun nih. Gambar pun takde kot. Memang tahun nih aku tak aktif sangat mengajar. Mungkin zaman aku mengajar dah tamat kot. Aku macam tak semangat dahh. Tapi tak bermakna aku lupakan sekolah puteri. 
TIDAK SAMA SEKALI !
Cuma tahun ni memang takde nasib dan peluang untuk kita menyerlah.Kepada generasi smk puteri titiwangsa 2010, jangan sentiasa kecewa dan bersedih. Insyallah tahun 2011 ada sinar kebangkitan dari kita . :)



2011

Tuh aku tak sure lagi. Tapi yang penting aku akan terus mengajar. Cuma sekolah mana masih lagi menjadi tanda tanya. Kalau ada yang sudi nak panggil datang mengajar aku pergi la. Sape lah nak aku neh mengajar. Bukan hebat pun mengajar. haha . Tunggu dan lihat :)

THATS IT FOR NOW!
*penat menaip dah nehh. hahah!  :D  

 
 
 



Monday, November 8, 2010

al kisah final exam

Final nak habis dah, paper tinggal satu je lagi.Tapi tu lah, hati ni macam tak tenang je. Entah kenapa aku rasa macam aku ada repeat paper je sem neh. TEROKKK! haishh. Last paper khamis ni, tapi aku dah tak sabar sabar nak habis final nih, banyak program/function menunggu kat kuala lumpur tuh. hahah! AND, aku nak start practical dah. 


EXCITED GILER! 

HAHAH!


Anyways, dah nak practical nih lagi bertambah lah kerja nanti, memang bertimbun timbun lah tahun depan kerja aku nih. Memang banyak la program tergendala gamaknya.Banyak benda tak boleh buat dah,contohh ?



MENGAJAR KAWAD?  

dah tak boleh kot . entah lahh . next post je la aku bagitahu kayh ? 

hahah

:D

 

satu hari di malam sabtu

ni lah dia owner rumah, IQBAL AZMI, hahah

latip kalau dah main game,hahah


mohimin ghani sempat lagi study *sok beliau exam katanya . haha
cerita ni dah lama tapi memandangkan aku dah ada blog neh aku nak post gak lahh . hahah! macam biasa lahh aktiviti malam aku dengan kawan kawan aku memang melepakk je lahh. Tempat melepak ? haaa, RUMAH KITA laa. "RUMAH KITA tuh apa ?", haa, tuh la rumah kedua aku dan teman teman. Terima kasih kepada Iqbal Azmi kerana sponsor rumah tuhh. hahah! Macam biasa laa, member lepak aku semestinya Mohimin Ghani dan Latiffudin ANONG. Dah memang takde orang lain dahh. Kalau dah melepak kat sini memang tak ingat balik dahh. CONFIRM! Lepas balik shisha mesti singgah sini, dah singgah apa lagi overnite sampai pagi lahh. hahah! Taknak cerita banyak banyak, tengok lah sikit gambar gambar yang sempat diKETIK di RUMAH KITA nehh . ^_^

budak baru nak up buat blog ! hahah !

"Wehh ! tokwan buat blogg sial ! hahahaah!" , ayat neh memang favourite. Tak lama lagi memang ada la yang cakap macam ni kat aku. CONFIRM! hahah! Tapi tak kisah lahh, yang penting aku dah mulakan langkah pertama aku dengan cipta blog sendiri. :) Post yang pertama ni aku tak tahu lah nak tulis apa lagi, nak cerita apa pun aku tak tahu lagi neh. So, aku nak buat pengenalan je lahh. Plus aku nak cakap, " AKU DAH ADA BLOG KAWAN KAWAN ! hahahah!




p/s : jangan maraa aaa ^_^