Followers

Sunday, January 2, 2011

bagus ke contact lens ?

petang tadi sedang aku berjalan jalan di kompleks sogo selepas puas menghabiskan suara kat redbox, aku saja la singgah dekat kedai optical kat sana. niat di hati saja je la nak g check mata, percuma lak en ? sambil sambil tengah check tuh saja saja la nak belek belek spek baru. spek lama aku nih pon dah teruk sangat dah. tapi aku macam berminat pulak nak merasa pakai contact lens neh. aku tengok member aku sume cam bergaya je en pakai contact lens neh. *aku pon nak bergaya gakk . haha!  tapi bila cik akak kat kedai optic tuh cakap mata aku neh silau la ape la, so dia tak berani nak jamin selamat ke tak kalau aku pakai. so di kesempatan neh datang la idea aku nak share pasal contact lens nih, just untuk maklumat korang dan jugak untuk maklumat aku jugak. hoho!

contoh kanta lekap
INFO KANTA LEKAP

kat atas nih contoh kanta lekap yang ada kat pasaran tuh. so sedikit info tentang kanta lekap ini ialah seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan. Cuma, berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.

Bukan itu saja, ada juga kanta lekap yang berwarna. Kebanyakannya bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan sebaliknya sebagai kosmetik. Ini bertujuan menampakkan warna iris yang berbeza daripada asal.

Kanta lekap juga digunakan untuk tujuan terapeutik (rawatan) bagi sesetengah masalah mata. Antaranya myopia (rabun jauh), perbezaan tahap ketinggian rabun antara kedua-dua belah mata yang jauh berbeza (anisometropia) atau masalah mata silau yang agak serius.
.
Banyak sebab kenapa ramai memilih untuk menggunakan kanta lekap, sering kerana rupa mereka dan amalan. Apabila dibandingkan dengan cermin mata, kanta lekap kurang terjejas oleh cuaca lembap, tidak mengelembung naik, dan menyediakan satu medan penglihatan lebih luas. Ia sebih sesuai digunakan untuk aktiviti seperti bermain.

info dari www.wikipedia.com 

so tengok pada fakta, kanta lekap nih macam selamat je kan ? cam senang je la kalau kita yang pakai spek nih nak bersukan ke, buat aktiviti lasak ke kan . macam seronok je la kalau dipandang.
TAPI..
selamat ke pakai kanta lekap nih ?

so macamane kalau kanta lekap nih termasuk kat bawah kelopak mata ? macamana kalau kanta lekap nih dimasuki habuk ? MACAMANE ??
jadi mari kita ikuti kata pakar dalam bidang mata nih :

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.

Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.

Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.

ingat ! yang paling penting dalam pemakaian kanta lekap ini adalah KEBERSIHAN !

so apa yang terjadi kepada mata kalau pengguna kanta lekap nih tidak menjaga kebersihan kanta lekap mereka ???

berikut adalah petikan dari seorang pengguna kanta lekap yang buta selepas menggunakan kanta lekap :

DIA dilahirkan sempurna. Matanya celik, bisa melihat. Namun, ia tidak lama. Ketika usianya 17 tahun, dia disahkan buta. Warna-warni alam yang pernah dilihatnya sejak itu bersatu menjadi hitam. Gelap-gelita.
Harun Ahmad, satu nama yang boleh disifatkan besar dalam dunia muzik. Populariti komposer cacat penglihatan ini melonjak seiring lonjakan lagu Jesnita nyanyian Exist dalam mendaki dan menakluki carta muzik tanah air sekitar tahun 2002. Harun Ahmad, 41, sebenarnya telah mencipta lagu sejak tahun 1991.
Bakti dan kemahirannya juga diiktiraf apabila meraih Anugerah Ikon dalam Majlis Fiesta Insan Istimewa 2008. Dia juga banyak berjasa dalam penghasilan lagu-lagu tema.
Rabun
Matanya sebenarnya rabun sejak umurnya lapan tahun lagi. Ia mungkin berpunca kerana dia kerap terjatuh semasa kanak-kanak.
Namun, dakwanya, jika dia tidak memakai kanta lekap pada usia 17 tahun mungkin hari ini dia sekadar rabun biasa dan masih boleh melihat.
“Memang sekarang saya reda menjalani kehidupan sebagai seorang yang buta. Tetapi saya menyesal pakai kanta lekap.
“Ketika itu, saya muda remaja. Saya jenis yang aktif dan suka bersukan. Tahu sahajalah tahun 1980-an, mana ada teknologi menipiskan kanta cermin mata.
“Dengan kuasa cermin mata saya di antara 700 hingga 800, anda bayangkan sendiri bagaimana tebalnya.
“Saya fikir, untuk selesa ketika bersukan, mungkin lebih baik saya pakai kanta lekap yang semakin diperkatakan pada masa itu,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Harun berkata, kali pertama dia memakai kanta lekap, dia sudah merasa seperti ada yang tidak kena. Masih segar dalam ingatannya, apa yang berlaku pada hari itu.
Dia memakai kanta lekap pada pukul 2 petang dan pada pukul 6 petang, dia sudah mengalami pening-pening sehingga muntah.
Namun, dia teruskan juga memakainya. Selepas enam bulan, detik-detik bergelar si buta mula menghampiri hidup lelaki berasal dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor itu.
“Saya bangun pagi itu, saya lihat semua objek berpecah tiga. Saya hanya boleh melihat bahagian atas objek sementara bahagian bawah gelap sahaja.
Cemas
“Saya cemas. Saya kemudian ajak seorang kawan ke Hospital Johor Bahru, doktor kata, saya mengalami retinal detachment (kelekangan retina) atau retina tertanggal daripada saraf mata.
“Pada hari itu juga, saya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah,” katanya.
Bukan dua tiga hari Harun tinggal di hospital tetapi tiga bulan. Daripada masalah kelekangan retina berubah ke masalah katarak. Empat pembedahan dilaluinya.
Namun, usaha itu tidak berjaya. Doktor akhirnya sahkan dia tiada peluang untuk melihat lagi.
“Bukan mudah untuk seorang yang normal menerima dirinya tiba-tiba buta.
“Bayangkan, saya datang ke hospital tanpa tongkat dan saya keluar dari hospital dengan bertongkat. Saya berusaha menjalani pembedahan demi pembedahan namun ia masih tidak berjaya,” ujarnya.
Ditanya bagaimana dia pasti, apa yang berlaku kepadanya kerana memakai kanta lekap, Harun berkata, selepas buta, doktor memberitahu, masalah rabunnya selama ini adalah disebabkan masalah retina.
Dakwanya, bagi keadaan seperti itu, memakai kanta lekap telah memburukkan lagi atau mempercepatkan menjadi buta.
“Ada banyak kes yang menunjukkan risiko kanta lekap. Ada kes jangkitan bakteria sehingga buta dan ada juga kes kanta lekap tak boleh ditanggalkan sehingga perlu menjalani pembedahan di Jerman.
Kanta lekap
“Seorang doktor pakar mata memberitahu rakan saya yang ingin memakai kanta lekap ‘Kalau kamu nak nampak handsome, pakailah kanta lekap, tapi kamu mungkin akan buta macam Harun,” beritahunya.
Jelas Harun, selepas tidak berjaya dalam semua pembedahan itu, dia masih tidak berputus asa. Dia cuba menjalani pembedahan kelima di hospital swasta namun, tetap tidak berjaya. Cuma mata kirinya boleh melihat kehadiran cahaya.
Harun pada mulanya berasa rendah diri dan sangat berduka dengan apa yang menimpanya.
Tetapi, apabila semakin kerap bertemu dengan rakan-rakan senasib di hospital dan Persatuan Orang Buta di Brickfields, dia semakin boleh menerima keadaannya itu.
Di situ juga dia mula meneroka minatnya dalam bidang muzik.
“Saya juga belajar mengurut dan belajar macam mana untuk melaksanakan aktiviti harian. Saya bersyukur kerana saya pernah melihat berbanding rakan-rakan saya yang buta sejak lahir.
“Kini, saya tidak berasa malu atau marah jika dipanggil buta, kerana memang hakikatnya saya buta,” katanya yang biasanya ke mana-mana dengan dipimpin seorang rakan."

"HARUN AHMAD - KOMPOSER TERKENAL"
 
beliau adalah salah seorang mangsa pemakaian kanta lekap ini. fuhh ! bahaya bahaya. dari niat niat nak bersukan terus dunia jadi gelap gelita. memang malang nasib beliau.jadi bagaimana ? masih lagi nak pakai contact lens ? kita hayati petikan kata seorang doktor pakar mata ini, :
"Namun, diakui memang terdapat banyak kes buta disebabkan kanta lekap terutama disebabkan masalah jangkitan kuman dan penggunaan yang tidak mengikut aturan", Pakar mata dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Nurliza Khalidin.

NGERI !

so berikut adlaah sedikit sebanyak tentang kebaikan dan juga keburukan memakai kanta lekap neh. so kita semua pun dah besar, dah boleh fikir baik buruk perkara nih. jadi sesiapa yang ada niat nak pakai kanta lekap tuh boleh je, aku tak cakap pakai kanta lekap nih merbahaya pun. tapi pastikan kita menggunakan kanta yang betul betul ORIGINAL dan bukannya kanta yang sebarangan. dan juga pastikan korang yang nak pakai tuh berunding dulu dengan pakar mata. kot2 risau lak ape2 jadik kan ? tak ke haru biru jadi nya nanti .so yang nak pakai tuh selamat mencuba dan selamat lah semuanya ! 

*P/S : aku pakai je la spek aku neh, STYLE gak ape spek aku neh ? HAHA! 


RAWRRRR !!

2 comments:

  1. spek x stail la wan!
    contact lens lg stail..
    ;P

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete